Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam.
Bagi menjelaskan perkara ini secara langsung., marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
"Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran"
Rasullullah S.A.W juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah...
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.
Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan keupayaan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah; ayat 286 yang bermaksud :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."
Contoh ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah setelah mengambil wuduk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayamum.
Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sediada boleh digunakan kecuali ada najis padanya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.
Oleh itu solat adalah merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu.
Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan oleh syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.
Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.
Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan yakin dan sempurna akan mendapat merasa nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia. Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu Indah!
Sumber : http//www.jais.gov.my
No comments:
Post a Comment