Monday, March 25, 2013

4 Zikir yang Lebih Dicintai Nabi daripada Dunia


السلام عليكم

Kali ini saya ingin bercerita mengenai 4 jenis zikir yang dicintai Nabi s.a.w berbanding dunia...Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku disuruh untuk mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaillallah serta Allahuakbar, lebih baik bagiku daripada segala apa yang disinari matahari." (Riwayat Muslim)
SUBHANALLAH: Penyucian kepada Allah daripada segala sesuatu yang mustahil bagi-Nya. Juga pembebasan daripada segala kekurangan yang hanya ada pada makhluk.

ALHAMDULILLAH: Pujian secara sempurna dan Allah memiliki hak pujian daripada pelbagai bentuk, bersesuaian dengan sifat Asmaul Husna yang dimiliki-Nya.

LAILAHAILLALLAH: Tiada yang layak disembah selain Allah. Manusia merealisasikan penghambaan hanya kepada Allah.

ALLAHUAKBAR: Allah memiliki sifat Yang Maha Besar daripada segala sesuatu.

Jadi bergantung kepada diri kita untuk melakukan zikir yang tertera seperti di atas, bila-bila masa sahaja boleh dilakukan kerana amat mudah untuk melafazkannya dan paling penting sekali jangan lupa untuk menghayati makna disebalik zikir yang kita lafazkan itu, Wallahua'lam.

Wednesday, March 13, 2013

Benarkah Islam itu Mudah??

Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam.
Bagi menjelaskan perkara ini secara langsung., marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
"Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran"

Rasullullah S.A.W juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah...
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.

Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan keupayaan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah; ayat 286 yang bermaksud :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."
Contoh ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah setelah mengambil wuduk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayamum. 

Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sediada boleh digunakan kecuali ada najis padanya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. 
Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.

Oleh itu solat adalah merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu. 
Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan oleh syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.

Begitu juga aspek makanan dan minuman, istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada alternatif lain yang boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging hinzir; sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu, hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan yakin dan sempurna akan mendapat merasa nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia. Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu Indah!

Sumber : http//www.jais.gov.my


Sunday, March 10, 2013

Bilakah Membaca Doa Masuk dan Keluar Tandas???




Seringkali kita dengar bilakah masanya membaca doa masuk tandas? Bagaimana pula dengan doa bagi orang yang berwuduk di dalam tandas?

Ia dibaca sebelum masuk tandas. Doa keluar tandas pula dibaca setelah keluar dari tandas. Demikian juga doa jimak, dibaca sebelum jimak. Jika sudah berada di dalam tandas, makruh menyebut nama Allah ketika itu.



Bagi yang berwuduk di tandas, doa dibaca apabila keluar dari bilik air. Dia perlu membaca doa selepas keluar tandas dahulu kerana dia melakukan itu dahulu. Kemudian barulah dia membaca doa selepas wuduk.

Jenis-jenis Lelaki Dayus


السلام عليكم

Jom kenal jenis-jenis lelaki dayus mengikut islam


Sunday, March 3, 2013

Teka-Teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan anak-anak muridnya lalu beliau bertanya:

Soalan pertama
 
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
 
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat



Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .




Soalan kedua
 
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? 
Lalu beberapa orang murid menjawab:  
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang



Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.




Soalan ketiga
 
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?



Lalu beberapa orang murid menjawab:  
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi



Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU(Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .



“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)




Soalan keempat
 
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?



Lalu beberapa orang murid menjawab:  
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah



Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’




Soalan kelima
 
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?



Lalu beberapa orang murid menjawab:  
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun



Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.




Soalan keenam
 
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?



Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang



Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Saturday, March 2, 2013

Pandai Bahasa Arab, Pandai Agama?

Ada sebahagian kelompok manusia dia memang mahir berbahasa arab. Tetapi terdapat satu kelemahan pada dirinya. Iaitu dia gemar memperkecilkan orang lain yang tidak pandai berbahasa arab.


Dia menyatakan dan membuat seakan sebuah “standardize”, sekiranya mahu bercakap tentang perkara agama, mesti pandai bahasa arab, baru boleh baca kitab asli.

Tapi, peliknya, dia yang sudah mendabik dada pandai berbahasa arab itu sendiri pun malas mahu baca kitab arab dan melakukan rujukan rupanya. Buktinya adalah apabila diberikan rujukan atau footnote, dia tidak pernah tahu untuk menela’ah sendiri rujukan yang diberi. Cakap tak serupa bikin.

Kalau setakat pandai bahasa arab, Abu Jahal pun pandai berbahasa arab. Tetapi ke mana dia? Bagaimana juga Umaiyah bin Khalaf? Berapa ramai orang yang bijak berbahasa arab tetapi mati kafir dan tidak kurang juga yang sesat!

Adakah bahasa arab mestinya membawa manusia ke jalan yang benar? Tahukah kita di masa zaman Nabi bersama para sahabatnya, berapa ramai di antara mereka yang ummi (tidak tahu membaca)? Malah yang buta tidak dapat melihat pun ramai. Namun, hati mereka dipenuhi dengan keimanan dan tauhid yang murni.

Itulah hakikatnya, keimanan bukan ditentukan dari kebijaksanaan berbahasa Arab. Bukan juga dari kepetahannya berbicara. Tetapi kemahiran berbahasa arab tetap sebuah kelebihan. Jika kita menguasai bahasa Arab, gunakanlah dengan sebaiknya. Manfaatkanlah. Bukan malah menyesatkan diri sendiri dengan bersifat sombong yang bakal mengundang kesyirikan.

Sumber : http://an-nawawi.blogspot.com

Friday, March 1, 2013

Hukum Sujud jika Tersembam



Menjadi persoalan kepada diri kita, apa hukum jika seseorang sedang iktidal kemudian ditolak dan tersebam  ke atas sejadah?

Jika seseorang itu di dalam iktidal lalu ditolak dan tersembam ke sejadah kemudian terus dijadikan sujud dengan sebab itu. Tidak dapat tidak, wajib ia kembali semula kepada iktidal kemudian sujud.
Demikian juga kalau seseorang itu sujud lalu diangkat orang kepalanya daripada sujudnya tanpa ikhtiarnya sendiri, wajib dia kembali semula kepada sujud kemudian mengangkat sendiri kepalanya sesudah itu.
Jika seseorang itu sujud tiba-tiba ternampak kala jengking lalu dengan tidak sengaja terangkat kepalanya kerana terkejut maka tidak dikira (tidak memadai) daripada mengangkat kepalanya itu. Dia hendaklah sujud semula kemudian mengangkat kepalanya daripada sujud itu.

(Kitab al-Qaulu Tam fi Ahkam makmum wal Imam karangan Ibnu Imad)