Friday, March 1, 2013

Hukum Sujud jika Tersembam



Menjadi persoalan kepada diri kita, apa hukum jika seseorang sedang iktidal kemudian ditolak dan tersebam  ke atas sejadah?

Jika seseorang itu di dalam iktidal lalu ditolak dan tersembam ke sejadah kemudian terus dijadikan sujud dengan sebab itu. Tidak dapat tidak, wajib ia kembali semula kepada iktidal kemudian sujud.
Demikian juga kalau seseorang itu sujud lalu diangkat orang kepalanya daripada sujudnya tanpa ikhtiarnya sendiri, wajib dia kembali semula kepada sujud kemudian mengangkat sendiri kepalanya sesudah itu.
Jika seseorang itu sujud tiba-tiba ternampak kala jengking lalu dengan tidak sengaja terangkat kepalanya kerana terkejut maka tidak dikira (tidak memadai) daripada mengangkat kepalanya itu. Dia hendaklah sujud semula kemudian mengangkat kepalanya daripada sujud itu.

(Kitab al-Qaulu Tam fi Ahkam makmum wal Imam karangan Ibnu Imad)

No comments: